Saturday, December 29, 2012

merisik?

Salam..

ye ade orang nak merisik..

tapi bukan untuk aku..

tapi adik lelaki aku nak pergi merisik..
anak dara orang..

tahniah la..
sedih akak..
dah x nak main simpan2 rahsia dengan akak dah lepas ni..
isk2..
MyEm0.Com

amboi langkah bendol nampak...
akak pon xde calon lagi..
hihihihi..

semoga pilihan awak tu yang terbaik ye..

teringat aku pada satu cerita..



seorang guru dan beberapa orang pelajarnya..

pelajar: 
tok guru, kami hendak bertanyakan satu soalan, bagaimanakah mencari teman hidup yang terbaik sebagai orang yang kita sayang dan bagaimana nak biarkan kasih sayang itu berpanjangan? 

tok guru:
baiklah, awak semua pergi ke hutan, cari pokok kecil yang paling cantik dan bawakan kepada tok, tetapi dengan syarat, jangan menoleh kebelakang, hanya boleh kehadapan shaja.

pelajar tersebut pon pergi kehutan..
tetapi apabila pulang tiada sebarang pokok yang mereka bawa.

tok guru: 
kenapa awak semua pulang dengan tangan kosong?

pelajar: 
puas kami berjalan, kami nampak pokok yang cantik pada mulanya.. tetapi kami teruskan perjalanan, dengan harapan dihadapan akan ada pokok yang lebih cantik. tetapi tiada pokok yang secantik pokok yang pertama. tetapi kami tidak boleh berpatah balik. kenapa tok guru?


tok guru:
itulah jawapan kepada soalan kamu yang awal tadi. Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai mereka. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

bersyukurla dengan jodoh anda..

jangan sesekali menyesal dengan pilihan anda..
itu sudah ketentuan Allah..
jika x baik, tegur dengan cara yang berhemah..


p/s: aku still searching..
not prince charming..
tetapi seorang lelaki yang boleh memaut tangan aku menuju ke syurga Allah.. insyaAllah..
MyEm0.Com

-gee-

4 comments:

  1. yuhuuuuuuuuuuu wish you morning!!!hurmmmm ni story thn lps so camner dh jmp x bakal imam tu ^^

    yup betul tu,trmalah seadanya psgn kita.kelemahannya ditutupi dgn kelebihan yg ada pd kita.vise versa.manusia mmg tak pernah puas,x pnh bersyukur padahal dpn mata dh nampak banglo tapi nak istana pulak(sesuka hati buat pepatah yehaaa!)

    ReplyDelete
  2. ok2.. yieeehhhaaaa!!!!!
    wish you apternoon..

    hmmm.. x jumpa lagi..sob2..nak imam..nak imam(sambil menghentakkan kepala..opss kaki..)

    tahu x pe ada calon pon dah cukup baik dah kan..(ceh macam desperate sangat jer..kihkih..^^)

    ReplyDelete
  3. yeyeah jmp lagi satu....ingt2 lupa dh td n3 mn pnh baca hr tu hahaha....tu nnt nk blk kg...adalah tu adalah tu ngehhh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sengetla sis ni..

      x pasti lagi la..
      perjalanan hamba ini masih terlalu jauuuhhhhh...
      mak saya kata berkawan biar beribu..
      berkahwin biaq.. ehem..(nak kahwin 4 jugak boleh x??^^)

      Delete

mesin berkata-kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

~KeNaNgAN~hARaPaN~ImPiAn~MaSa HaDaPaN~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template