Friday, April 19, 2013

solat istikharah

salam.. 
jumaat yang mulia ni..
saya nak kongsi something..^^
terimalah sedikit pengetahuan dari saya yang kerdil ni..

SABDA RASULULLAH S.A.W
"jika salah seorang dari kamu mengkehendaki sesuatu perkara, maka solatlah dua rakaat selain dari solat fardhumu. kemudian ucaplah,'Ya Allah, aku beristikharah kepadamu dengan ilmumu, aku meminta penilaian mu dengan kemampuan mu, dan dan aku meminta kepadamu dari kurniamu yang sangat besar. Sesungguhnya, engkau berkuasa dan aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui perkara2 yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini lebih baik bagiku dalam urusan agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku atau urusan dunia dan akhiratku, maka putuskanlah dan mudahkanlah urusan ini untukku. Kemudian, berkatilah untukku di dalamnya. Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa itu buruk bagiku, sama ada dalam urusan agamaku, kehidupanku, mahupun kesudahan urusanku atau urusan dunia dan akhiratku maka palingkanlah aku darinya, serta putuskanlah yang terbaik untukku dimana pun berada. Kemudian, redhailah aku dengannya.' Dan, hendaklah dia menyebut hajatnya."

(HR. Bukhari, Tirmizi, Nasa'i dan lainnya)


solat ini dilakukan bila seseorang itu memiliki niat atau hajat, tetapi masih ragu2..
sebagai contoh, jika kita ingin memulakan perniagaan, tetapi kita masih konpius nak teruskan ke tidak..
ha solat ni bantu untuk kita predict samada usaha itu perlu di teruskan atau tidak..

BAGAIMANA JAWAPAN ITU SAMPAI?

mimpi
bila dah selesai solat, terus tidur(kepala diutara, senget ke barat dan dalam keadaan suci)
masa tidur kita akan dapat mimpi..
jika tidak datang pada malam pertama..
buat lagi..sampai kita yakin..kita dah dapat petunjuk..

firasat
ia datang dalam situasi atau petanda yang kita hadapi
contohnya..
seseorang nak buat perniagaan, tiba2 datang seseorang yang x dikenali membawa sesuatu..
dan secara tiba2 orang tu cakap,"teruskan saja,"
mungkin itu firasat yang terbaik untuk meneruskan perniagaan

ketetapan hati
Allah berbisik dihati orang yang berhajat..dan menybabkan ia menurut kata hatinya dan meneruskan usaha..

petunjuk dengan cara Allah menjauhkan ahli istikharah itu dari perkara buruk dan mendekatkannya kepada perkara baik.
ini terjadi bila mana kita tak dapat ape2 petunjuk dari 3 jalan diatas.. maka Allah mengelakkan kita dari perkara buruk..dan membuka kita jalan ke arah yang terbaik kepada kita..

okay sekarang...

CARA SOLAT
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
@
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

 Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

doa

" Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadamu dengan Ilmu pengetahuanmu, dan aku memohon kekuasaanmu. (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanmu. aku mohon kepadamu sesuatu dari anugerahmu yang Maha Agung. Sesungguhnya, Engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahuinya. Dan, Engkau Maha Mengetahui hal yang ghaib, Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini(sebutkan hajat dan persoalan anda) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terhadapku di dunia atau akhirat berjayakanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkat. Akan tetapi, apabila Engkau mengetahui bahawa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, ekonomi, dan akibatnya kepadaku, maka singkirkanlah persoalan itu, dan jauhkan aku darinya. takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanmu kepadaku."

zikir

 1.membaca يا مقدم (yaaa muqaddimu - maha mendahulu) dan يا مؤخر (ya muaakhkhiru - maha mengakhir) sebanyak 872x

2. membaca يا شهيد (yaa syahiid - Maha menyaksikan) sebanyak 350x

3.membaca يا كبير(yaa kabiir - maha besar) sebanyak 263x

4. membaca يا مقيث (yaa muqiit) sebanyak 581x

sekian..

rujukan petikan buku "pelbagai jenis solat untuk mengatasi masalah hidup" H.M. Amrin Rauf (ms135-146) dan website link dan link..^^

-gee-

16 comments:

  1. So basicly this solat is made AFTER we already made a decisions right? to see either it's good choices or not.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. this solat is only after we made our decision..
      so clever.. (clap your hand..^^)

      Delete
  2. thank you gee sebab buat post nih.. ;)
    muah3x
    sayang gee lebih. mihmihmih ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..^^
      terasa nak berkongsi pulak..mihmihmih(tiru)
      sayang el juga.. muah3x..^^

      Delete
  3. selalu sebut istikaroh mesti nak decide pasangan padahal nak buat decision lain pun buleh jugak istikaroh..tak gitu??:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..(yeay dapat markah penuh..)
      even nak further study... nak sambung kos ape.. nak kerja ..
      dan kita dah buat decision..
      kalau nak tahu samada pilihan kita itu tepat atau tidak kita boleh buat solat ni..^^

      Allah itu Maha Mengetahui..^^

      Delete
  4. yer..hanya pada Dia tempat mengadu..Dia Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak cappuchino putih..
      kepadanya juga kita kembali..^^

      Delete
  5. slm jumaat my lovely gee..owh smga Allah permudahkan sgla kekusutan dan kesukaran kita sbg hamba-Nya yang lemah,dlm membuat kptsn.mmg kak lea perlu sgt2 buat slt ni sbb byk bda yg berlaku dlm hdp dtg tiba2 :)

    hurm knpa mood sedih lak ni.tak mau tak mau.hidup kena ceria,kalau xda mood moh layan doraemon yeahhhhhhaaaa ~(^_^)~ menari-nari ni khas utk gee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat kak lea yang sentiasa menghiburkan saya..
      .. saya baca blog akak.. saya menangis.. saya pon ada tok dan nenek tetapi dedua sudah meninggalkan kami.. tapi saya x serapat akak dengan atok akak.. walaupon macam tu.. saya kadang2 menangis teringatkan mereka..sebelum atok saya meninggal .. dia mengusap kepala saya..raya masa tu..(dia x pernah buat macam tu..) 5 hari kemudian dia meninggal dunia secara tiba-tiba.. x sempat dia nak tengok cucu dia masuk universiti..(sebab saya satu2 nya belah mak saya yang masuk u..)kalau tidak mesti dia suka gila.. sebab masa keputusan PMR dan SPm saya keluar.. heboh mulut dia bercerita kat sedara..^^

      owh.. jangan sedih2..jangan!!! kena happy walaupon stress kan.. buat solat ni kak lea..yeay!!! meh nari sama2..~(^_^)~ (tiru..^^)

      Delete
    2. slm isnin hah nmpk tak tu betapa akrabnya jumaat dan isnin hahahaha...entri gee pun sllu akk tgu n kejar laju2 kalau dh update ^^

      sori lupa nk terjah balik komen ats tu.hurm sedih juga baca memori gee dgn arwah tok.kalau blh nk undur balik memori tu,kan...nk spent time dgn mereka,hidangkan mereka minuman wpun mgkn ms tu kita cuma tau bancuh kordial sirap semata-mata

      .ok2 mmg xleh nk serius sgt nnt serabut...hidup kena ceria...huhuhihihaha.nk lagi ceria gi terjah blog uncle jonni baru reti nk update,kena cubit uncle tu jenuh tgu entri dia hehehehe....

      Delete
    3. salam kak lea..
      hihihi.. nampak dekatnyer..^^
      sangat akrab bagai benang di belah lapan(ehh!!)
      alah.. malu lah..jangan kejar2 sangat kak lea.. nanti jatuh..hati2 tau!!

      haha... tulah.. rasa menyesal jer..
      rumah kat kampung pun x meriah dah.. dulu pak su ngan mak su duduk situ lepas atuk dengan nenek meninggal.. tapi lepas paksu meninggal.. xde siapa dah tinggal situ..jadi bermakna..saya xde kampung dah..

      aish.. kenapa cite sedih ni..yippi!!!
      jangan sedih2.. yang lepas biarkan ia berlalu.. semoga mereka tenang dan aman disana..
      memang uncle tu nak kena belasah cecukup..lama berjanggut nak tunggu die hupdate.. cis!!
      KAK LEA!! ape lagi serang uncle jonni!!!

      Delete
  6. Dia maha mengetahui apa yang terurat dan tersurat, hanya pada Nya tempat kita mengadu dan meminta...Subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bunda..^^
      ya.. kepada dialah kita meminta segalanya..^^

      Delete
  7. salam,gee...perkongisan yg sgt baik ni :) mpga sama2 dapat manfaat darinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam k'imi.. sterima kasih..alah saya copy dari buku jer..hehehe^^
      ye semoga kita dapat manfaat kan..^^

      Delete

mesin berkata-kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

~KeNaNgAN~hARaPaN~ImPiAn~MaSa HaDaPaN~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template