Sunday, February 23, 2014

Fenomena facebook

Salam..
hai semua..

saya nak cerita sedikitlah..
mengenai fenomena..
yang sangat biasa sejak beberapa tahun dulu lagi..

FACEBOOK..
ya!! muka buku..
(okay fenomena ni dah basi.. jangan baca..)

sebelum menerjah lebih jauh lagi..
sebenarnya apakah fungsi mukabuku tersebut?
pernah terfikir x?

tak pernah saya nafikan, saya pernah ada je Facebook tersebut..
ternyata media social tersebut banyak memberi kebaikan dan juga x kurang keburukannya..
tapi.. serasa saya,keburukannya mengatasi kebaikan yg sedia ada..
lagi2.. terhadap remaja.

seperti saya, facebook saya guna terutamanya untuk berhubung dengan kawan2 dan juga,
saya guna untuk tujuan formal seperti update kuliah, perbincangan ilmiah dalam group, dan macam2 lagi lah..
tetapi, apabila memasuki alam pekerjaan,
facebook saya x lagi berguna dari segi keformalannya..
banyak urusan peribadi yang melalaikan..
selalu nya.. tangan saya secara automatiknya, akan menekan touchscreen simbol F ..
untuk melayari FB, walaupun, takde ape yang menariknya..
dan ianya berlaku setiap hari..!!!

disebabkan rasa bersalah, pada diri sendiri, saya pon deactivated kan akaun facebook saya..
ternyatalah, facebook itu penyumbang ketagihan..

tapi bukan itu yang saya nak kupaskan di sini..(perghhh.. macam nak berdebat je)
permasalahannya ialah..
kesannya terhadap remaja..

sebagai contoh..
saya ada menambah kawan, umurnya, sekitar belasan tahun, masih bersekolah..
statusnya.. kadang2 meloyakan jika dibaca(maafkan saya)
contoh: NA WINDU ANGAD2 DEWNGAN DIEWW!! CALLZ LARH NA BABYYY..
mereka seperti mendambakan perhatian..
dan ya.. seminggu sahaja saya sanggup baca, kemudian beliau hilang dari list saya..

kemudian..
hilangnya, bahasa yang sopan diantara mereka..
marah dengan sipolan..update status..
walhal.. marah dengan kucing pon nak update status..
bahasa yang mereka guna..astaghfirullahalzim..
hal ini bukan hanya terdapat golongan remaja sahaja..
orang dewasa pon lebih kurang sama..
berapa ramai, sedara putus sedara.. kawan hilang kawan.. disebabkan facebook..
paling mengharukan.. pergaduhan antara suami isteri pon.. boleh dibuat dalam fesbuk..
alahaiiii..(memalukannn) nauzubillah..

kes yang lainnya..
terjadi kepada seorang perempuan yang rapat dengan saya..
dan ya.. dia masih dibawah umur..
kebetulan ada seseorang, membuka mesej facebooknya(dan ianya melanggar hak privasi seseorang..)
dan beliau terkejut.. tidak sangka!!
disebabkan beliau seorang lelaki..
jadi tidak wajar dia yang menasihatkan sipolan tersebut..
jadi beliau meminta saya bagi pihaknya..
menasihati sipolan itu..
saya pon membawa sipolan ke tempat yang sunyi dan menasihatinya..
sebagai hukuman.. saya terpaksa menutup akaunnya(ya saya tegas orangnya..)
dan itu juga antara sebab kenapa saya menutup akaun saya sendiri
(x tenang ooo.. tak adil kalau saya x buat begitu)
bak kata orang.. mencegah lebih baik dari mengubati..

banyak lagi yang ingin saya kongsi..
tapi.. meluat juga nanti awak semua baca..

saya x nafikan.. facebook itu media yang sihat juga..
seperti ada page2 yang bagus kita follow atau like..
terutama untuk menambah ilmu agama amnya..
seperti,
page USTAZ AZHAR, IKIM, ISLAM THE WAY OF LIFE, 
dan banyak lagi...
post2 mereka.. sentiasa mengingati kita tentang konsep keagamaan..
sentiasa mengingatkan kita kepada pencipta..

semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang dijauhkan dari kejahilan, kemungkaran dan maksiat..

p/s: saja nak membebel hari ni.. muahahaha..
selamat beramal!!^^

-gee-

9 comments:

  1. kita main game je dalam fb

    ReplyDelete
  2. akak ada fb tp tak pernah updste status cuma utk mengetahui perjembsngan kawsn2 sekolah menengah.

    ReplyDelete
  3. saya ada Facebook.. tapi saya tak update tetiap hari.. hua hua hua... bosan ah.. takleh nak deactivate sebab akaun fanpage di linkkan dengan akaun personal.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. assalam, salam ziarah dari bunda..

    ReplyDelete
  5. As salam...,

    setuju dgn kamu. Media massa & elektronik, if tak muhasabah diri, mmg melalaikan...
    cth mcm sy, still stay depan pc... :'(

    btw, tq ur 'bebelan' tu. tertusuk dihati,... ^_^

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum gee ^*

    sori sangat baru singgah.kak lea dah kurang aktif blogging huhu.owh facebook hahahaha.

    kak lea bukan pengguna tegar fb.fb yang ada ni pun dah bersawang.banyak yang gee kongsikan kak lea pun pernah alami. ia berguna saat nak tengok apa kawan rapat/family update seperti percutian diorang kahwin ke,produk yang diorang jual ke itu je.the rest....tak minat agagaga....

    ReplyDelete
  7. Kita buat iklan je kt FB

    Insta : lyna_sabran
    Blog: Mummynabeela.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Okje ada gak FB....tak aktif pun cuma baca cite orang....syok jugak layan hihi....Tapi betullah.....media sosial ni mmg meyumbang ketagihan...

    ReplyDelete

mesin berkata-kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

~KeNaNgAN~hARaPaN~ImPiAn~MaSa HaDaPaN~ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template